Saturday 30 November 2013

Kepentingan Protein Dalam Menurunkan Berat Badan Anda

Puas hati dengan berat badan anda sekarang?

Bila kita bercakap tentang diet, ramai di antara kita semua masih skeptikal dengan kepentingan protein dalam menurunkan berat badan terutamanya dikalangan wanita. Sebenarnya, untuk pengetahuan semua protein adalah sangat penting untuk memastikan proses menurunkan berat bedan menjadi effektif dan lebih sihat. Dalam pada itu, metabolisma adalah unsur yang sangat penting dan ianya memerlukan kadar protein yang cukup untuk memastikan proses penurunan berat badan dijalankan dengan dengan lebih sihat.

Tapi sebelum itu, apa itu metabolisma? Metabolisma ialah satu proses untuk menguraikan atau memecahkan protein, karbohidrat dan lemak menjadi tenaga yang diperlukan oleh badan kita. Dan ditahap ini, kepentingan protein adalah menjadi sangat-sangat penting untuk menurunkan berat badan. Namun, pengambilan protein perlu diambil secara berperingkat-peringkat semasa sarapan, makan tengahari ataupun hidangan disiang hari. Ini kerana badan kita tidak boleh menyimpan proetin secara berlebihan apabila ianya diambil sekali gus pada waktu malam.

Kenapa Protein Sangat Penting?
Protein sangat penting dalam menurunkan berat badan kerana metabolisma badan memerlukan tenaga daripada makanan yang kita ambil untuk proses pembakaran lemak-lemak yang berlebihan dan pengambilan protein perlu diseimbangkan dengan nutrien-nutrien yang lain termasuk karbohidrat dan lemak baik. Proses pembakaran lemak berlebihan memerlukan protein dan karbohidrat, jika badan kita kekurangan kedua-dua unsur penting ini, badan kita akan memecahkan otot-otot badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Jika ini terjadi kebarangkalian badan menjadi gelebeh adalah tinggi.

Selain daripada itu, dengan adanya protein yang mencukupi kita boleh mengurangkan lebih berat badan kerana boleh menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding dengan penghasilan tenaga daripada karbohidrat. Sebagai contoh, jika anda memakan 100 kalori makanan yang berasaskan protein, badan akan membakar 20-30 kalori semasa proses pembakaran dan hanya 5-10 kalori dibakar jika kita mengambil makanan berasaskan karbohidrat.

Seterusnya, protein juga diperlukan untuk mengekalkan jisim otot (muscle mass) bagi untuk menambah tenaga dan metabolisma bagi membakar lemak-lemak yang berlebihan. Jadi, salah satu  tips untuk menurunkan berat badan, adalah dengan menambahkan jisim otot anda selain ianya membantu untuk memberikan bentuk (RESHAPE) kepada tubuh anda.

Yang terakhir, dengan pengambilan makanan yang kaya dengan protein akan membantu kita rasa lebih kenyang dengan lebih lama (feel fuller longer) dan mengawal pengambilan makanan lain yang mungkin tidak berkhasiat dan berkkolestrol tinggi.


Bagaimanakah Proses Pembakaran Lemak Berlaku Bagi Menurunkan Berat Badan?
Protein memainkan peranan yang sangat penting bagi pembakaran lemak-lemak berlebihan kerana ianya mengandungi Asid Amino Penting. Asid Amino adalah salah satu komponen di dalam protein dan tanpa Asid Amino, badan kita akan menyimpan lebih banyak lemak. Dengan pengambilan protein yang mengandungi Asid Amino itu, ianya akan menstabilkan metobolisma badan dan seterusnya membakar lemak berlebihan.

Berikut adalah Asid Amino Penting yang perlu diambil dalam setiap makanan anda:-

1) Isoleucine - boleh didapati daripada ikan, daging dan keju yang berfungsi untuk membekalkan tenaga.
2) Leucine - kebiasaannya boleh ditemui daripada pengambilan ayam dan daging merah untuk menstabilkan metabolisma dalam penghasilan tenaga.
3) Lysine - dengan pengambilan ikan, daging dan produk tenusu. Lysine diperlukan untuk penyerapan kalsium di dalam usus, membantu pertumbuhan tulang dan pembentukan kolagen.
4) Methionine - boleh diperolehi daripada telur dan ikan. Ianya adalah sumber makanan yang paling sedikit kandungan Asid Amino tetapi boleh ditukarkan kepada tenaga.
5) Theronine - kebanyakkannya boleh diperolehi daripada protein haiwan, makanan bersusu dan telur. Ianya membantu pembentukan enamel gigi, elastin dan kolagen.
6) Phenylalaine - boleh dierolehi daripada daging dan produk tenusu yang sangat penting untuk fungsi otak.
7) Tryptophan - biasanya diperolehi daripada protein haiwan, produk tenusu dan kekacang yang mana ianya memperbaiki tahap mood dan tidur.

Tanpa protein yang mencukupi, kita tidak akan mempeolehi Asid Amino yang penting untuk kesihatan dan menurunkan berat badan kita. Dan sebab itulah kenapa protein sangat penting dalam keperluan diet harian kita terutamanya bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Sebelum saya menutup entry ini, bagi sesiapa yang tercari-cari supplements untuk menurunkan berat badan secara natural dan sihat, saya mencadangkan slimming set daripada Shaklee. Nak tahu apa kelebihan set ini? Saya akan menceritakan di dalam entry saya yang akan datang.

Sekian, Wassalam.

 










Saturday 9 November 2013

Makanan Tambahan atau Ubat???

Tahu tak apakah perbezaan antara makanan tambahan dan ubat? Sebelum kita mengetahui apakah perbezaanya, kita perlu tahu apa itu makanan tambahan dan ubat secara asas.

Makanan Tambahan
Supplement adalah perkataan biasa kita dengar dan ianya adalah sesuatu yang baru dikalangan masyarakat kita pada masa ini. Makanan tambahan ialah makanan seharian yang diperlukan oleh badan manusia untuk menjadikannya lebih sempurna seterusnya menjadikan kita lebih sihat untuk menjalankan kehidupan seharian. Ia juga diambil sebagai langkah mencegah daripada sebarang penyakit-penyakit berbahaya bagi mereka yang mementingkan kesihatan yg baik. Biasanya makanan tambahan adalah dari sumber semulajadi dan diringkaskan cara pengambilannya dalam bentuk tablet, pil, cecair atau serbuk.

Ubat
Ubat dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubat sakit. Secara umum, ubat dibahagi kepada dua kumpulan; (1) tanpa preskripsi (OTC - Over the Counter atau 'Atas Kaunter'), iaitu ubat yang boleh dibeli di farmasi dan pasar raya tanpa sebarang halangan, dan (2) dengan preskripsi, iaitu ubat yang dibenar dan dicadangkan oleh doktor. Kebanyakan ubat OTC dianggap selamat untuk kebanyakan orang jika diambil seperti dalam arahan. Walaubagaimanapun, perbezaan yang tepat antara OTC dan preskripsi bergantung kepada bidang perundangan. Ubat selalunya dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal. Ada sesetengah dadah telah dipatenkan, yang mana syarikat tersebut memegang hak milik untuk menghasil dan melesenkan sebatian dadah tersebut untuk tempoh masa tertentu. Ubat yang tidak berpaten, dipanggil ubat generik.

Perbezaan Makanan Tambahan dan Ubat
Berikut saya akan kongsikan perbezaan-perbezaan antara ubat (dadah) dan makanan tambahan (supplement) yang anda perlu tahu.


Secara kesimpulannya, makanan tambahan tidak mengubah fungsi organ dalam badan, sebaliknya ia membantu memperbaiki fungsi-fungsi sel, organ dan sistem untuk menjadikan badan kita lebih sihat. Jadi, makanan tambahan boleh diambil bila-bila masa, yang penting kita minum air dengan kadar yg sepatutnya.

Sekian dari saya, Assalamualaikum.


You May Like Also Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...