Saturday 14 December 2013

Saya Boleh Buat Bisnes Rupanya!!!

Assalamualaikum w.b.t....

Pernah tak anda terfikir untuk membuat sesuatu yang anda tak pernah terfikir untuk buat dalam hidup anda? Atau pun sesuatu yang anda rasa tak boleh buat? Kalau anda tanya saya,yer saya akan jawab bisnes adalah satu benda yang saya tak minat untuk buat. Memang takkan buat pun kalau saya ada duit yang banyak. Saya akan gunakan duit itu untuk perkara lain. Tapi, lama-lama saya terfikir sampai bila saya perlu berfikiran macam ni? Saya perlu melakukan sesuatu untuk tambahkan pendapatan saya dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Semua harga barang-barang keperluan yang sudah naik memerlukan saya untuk mengkaji semula pattern perbelanjaan saya setiap bulan.

Masih Belum Temui Bisnes yg Sesuai
Walaupun dah terfikir nak buat bisnes, tapi saya tak tau nak buat bisnes apa. Ada juga yang mengajak saya jadi business partner nak bukak gym, nak bukak itu ini, tetapi saya tak berminat dan menolak dengan cara yang baik. Bila bukak Facebook, ramai jugak yang buat business online menjual tudung, shawl, barang-barang kosmetik, jual insuran dan macam-macam lagi lah. Saya macam berminat nak buat bisnes online macam ni sebab senang jer, post jer dalam Facebook, orang lain akan nampak, kalau ada sesiapa yang berminat boleh jer terus contact. Tapi (hmmm...tapi lagi), takkan saya nak jual tudung kottt... orang lelaki jual tudung?? Hmmm... last2 postpone lagi nak buat bisnes. Entah lah bile lah nak ada bisnes sendiri.

Diperkenalkan Dengan Shaklee
Shaklee ialah satu bisnes yang saya kenal melalui Facebook bila bekas rakan sekerja saya selalu buat posting pasal produk Shaklee. Hampir setiap hari dia akan post kat Facebook yang membuatkan saya untuk mencuba produk tersebut. Jadi, saya pun hantar lah message kat Facebook dia bertanya pasal produk-produk Shaklee yang baik untuk kesihatan secara umum. Borak punya borak, akhirnya saya setuju untuk beli 3 produk iaitu Omega Guard, Vitamin-E Complex dan Zinc Complex. Selama lebih kurang saya 3 bulan saya menggunakkan produk-produk itu, saya rasa banyak perubahan yang baik terhadap kesihatan saya. Bila lari marathon dah tak semput sangat, kulit semakin sihat dan cantik dan macam-macam lagi.. memang saya rasa banyak perubahan yang baik dengan tahap kesihatan saya. So, saya sangat berpuas hati dengan produk Shaklee.

Jadi, nak mulakan macam mana saya boleh start buat bisness Shaklee ni, bila saya nampak posting berkaitan Set Mengandung, Berpantang dan Menyusu Shaklee dari Kam Haryatie di Facebook (hmmm...bukan saya nak beli set tu eh). Kam Haryatie ni ialah isteri kepada kawan baik saya iaitu Syed Hafiz Dzulkifli. So, saya pun contact la Kaulat ni (nickname Syed Hafiz Dzulkifli) tanya sama isteri dia buat bisnes Shaklee ker. Tanya punya tanya, yer memang betul lah dia dan isteri dia baru jer start buat bisnes Shaklee ni. So, saya pun happy lah sebab nak order Shaklee nanti senang jer, call jer Kaulat then terus boleh dapat. Atlast, saya pon orderlah barang dengan Free Membership (sebab order lebih 200uv.. itu saja kos untuk saya menjadi ahli Shaklee...actually ianya RM65 sahaja, tapi saya untuk memilih option Free Membership tu) untuk kegunaan saya dan mak saya. So, dengan Free Membership tu maka dengan secara rasmi lah saya bergelar "Shaklee Business Man". hehe

Boleh Buat Bisnes Rupanya!
Bila dah sah jadi "Shaklee Business Man" ni, saya dimasukkan dalam Secret Group iaitu MariaFirdaus Millionaire Shaklee. Dalam group ni saya diajar bagaimana untuk menjadi seorang business man yang bukan sahaja berniaga tetapi dalam masa yang sama membantu orang lain untuk memperbaiki tahap kehidupan dan kesihatan. Dengan prinsip ini, konsep yang saya gunakan dalam business saya adalah SHARING bukannya SELLING! Sharing sesuatu yang baik dan boleh memberikan manfaat kepada orang lain adalah lebih baik daripada menjual dan memikirkan keuntungan semata-mata.Saya juga diajar untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah, kerana segalanya datang daripada-NYA. Rezeki dan kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha dan doa kepada Allah s.w.t. Alhamdulillah, secara personal saya dapat belajar memperbaiki diri saya

Dari segi marketing pula saya diajar untuk menggunakan kaedah Online dan Offline. Online tu adalah seperti menggunakan medium Facebook, Instagram dan Blog, manakala Offline tu lebih kepada face to face communication seperti di tempat kerja dan lain-lain. Saya lebih menggunakan kaedah Online kerana coverage yang sangat meluas, tetapi saya tak lupakan kaedah Offline seperti ditempat kerja.


Setelah lebih kurang 5 bulan menjalankan bisnes ni, kini Alhamdulillah saya bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah s.w.t. Kini saya sudah memperolehi pendapatan sebanyak 4 angka setiap bulan dan di bulan ke-4 saya berjaya naik ranking ke Supervisor (ranking dalam bisnes Shaklee). Dan di dalam masa yang sama juga saya sudah mempunye 3 Business Partners yang mana mereka menjadi tanggungjawab saya untuk saya groom. Saya ingin mereka mendapat apa yang saya dan mentor-mentor saya sudah dapat. Rasa bersyukur kerana ditemukan dengan bisnes yang bukan sekadar buat bisnes tetapi boleh membantu orang lain yang memerlukan.

Kini, saya juga mempunyai tanggungjawab untuk mendidik business partners saya ke arah kejayaan. Dan saya juga bertanggungjawab bagi sesiapa yang ingin menjalankan bisness Shaklee ini dan seterusnya oleh memperbaiki tahap kehidupan masing-masing. InsyaAllah, saya dengan berbesar hati akan berkongsi dan membantu.

Sekian, sampai di sini sahaja coretan saya tentang saya memulakan bisness yang sangat saya sayang ini. kita berjumpa lagi di entry yang berikutnya.

Wassalam.


Saturday 30 November 2013

Kepentingan Protein Dalam Menurunkan Berat Badan Anda

Puas hati dengan berat badan anda sekarang?

Bila kita bercakap tentang diet, ramai di antara kita semua masih skeptikal dengan kepentingan protein dalam menurunkan berat badan terutamanya dikalangan wanita. Sebenarnya, untuk pengetahuan semua protein adalah sangat penting untuk memastikan proses menurunkan berat bedan menjadi effektif dan lebih sihat. Dalam pada itu, metabolisma adalah unsur yang sangat penting dan ianya memerlukan kadar protein yang cukup untuk memastikan proses penurunan berat badan dijalankan dengan dengan lebih sihat.

Tapi sebelum itu, apa itu metabolisma? Metabolisma ialah satu proses untuk menguraikan atau memecahkan protein, karbohidrat dan lemak menjadi tenaga yang diperlukan oleh badan kita. Dan ditahap ini, kepentingan protein adalah menjadi sangat-sangat penting untuk menurunkan berat badan. Namun, pengambilan protein perlu diambil secara berperingkat-peringkat semasa sarapan, makan tengahari ataupun hidangan disiang hari. Ini kerana badan kita tidak boleh menyimpan proetin secara berlebihan apabila ianya diambil sekali gus pada waktu malam.

Kenapa Protein Sangat Penting?
Protein sangat penting dalam menurunkan berat badan kerana metabolisma badan memerlukan tenaga daripada makanan yang kita ambil untuk proses pembakaran lemak-lemak yang berlebihan dan pengambilan protein perlu diseimbangkan dengan nutrien-nutrien yang lain termasuk karbohidrat dan lemak baik. Proses pembakaran lemak berlebihan memerlukan protein dan karbohidrat, jika badan kita kekurangan kedua-dua unsur penting ini, badan kita akan memecahkan otot-otot badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Jika ini terjadi kebarangkalian badan menjadi gelebeh adalah tinggi.

Selain daripada itu, dengan adanya protein yang mencukupi kita boleh mengurangkan lebih berat badan kerana boleh menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding dengan penghasilan tenaga daripada karbohidrat. Sebagai contoh, jika anda memakan 100 kalori makanan yang berasaskan protein, badan akan membakar 20-30 kalori semasa proses pembakaran dan hanya 5-10 kalori dibakar jika kita mengambil makanan berasaskan karbohidrat.

Seterusnya, protein juga diperlukan untuk mengekalkan jisim otot (muscle mass) bagi untuk menambah tenaga dan metabolisma bagi membakar lemak-lemak yang berlebihan. Jadi, salah satu  tips untuk menurunkan berat badan, adalah dengan menambahkan jisim otot anda selain ianya membantu untuk memberikan bentuk (RESHAPE) kepada tubuh anda.

Yang terakhir, dengan pengambilan makanan yang kaya dengan protein akan membantu kita rasa lebih kenyang dengan lebih lama (feel fuller longer) dan mengawal pengambilan makanan lain yang mungkin tidak berkhasiat dan berkkolestrol tinggi.


Bagaimanakah Proses Pembakaran Lemak Berlaku Bagi Menurunkan Berat Badan?
Protein memainkan peranan yang sangat penting bagi pembakaran lemak-lemak berlebihan kerana ianya mengandungi Asid Amino Penting. Asid Amino adalah salah satu komponen di dalam protein dan tanpa Asid Amino, badan kita akan menyimpan lebih banyak lemak. Dengan pengambilan protein yang mengandungi Asid Amino itu, ianya akan menstabilkan metobolisma badan dan seterusnya membakar lemak berlebihan.

Berikut adalah Asid Amino Penting yang perlu diambil dalam setiap makanan anda:-

1) Isoleucine - boleh didapati daripada ikan, daging dan keju yang berfungsi untuk membekalkan tenaga.
2) Leucine - kebiasaannya boleh ditemui daripada pengambilan ayam dan daging merah untuk menstabilkan metabolisma dalam penghasilan tenaga.
3) Lysine - dengan pengambilan ikan, daging dan produk tenusu. Lysine diperlukan untuk penyerapan kalsium di dalam usus, membantu pertumbuhan tulang dan pembentukan kolagen.
4) Methionine - boleh diperolehi daripada telur dan ikan. Ianya adalah sumber makanan yang paling sedikit kandungan Asid Amino tetapi boleh ditukarkan kepada tenaga.
5) Theronine - kebanyakkannya boleh diperolehi daripada protein haiwan, makanan bersusu dan telur. Ianya membantu pembentukan enamel gigi, elastin dan kolagen.
6) Phenylalaine - boleh dierolehi daripada daging dan produk tenusu yang sangat penting untuk fungsi otak.
7) Tryptophan - biasanya diperolehi daripada protein haiwan, produk tenusu dan kekacang yang mana ianya memperbaiki tahap mood dan tidur.

Tanpa protein yang mencukupi, kita tidak akan mempeolehi Asid Amino yang penting untuk kesihatan dan menurunkan berat badan kita. Dan sebab itulah kenapa protein sangat penting dalam keperluan diet harian kita terutamanya bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Sebelum saya menutup entry ini, bagi sesiapa yang tercari-cari supplements untuk menurunkan berat badan secara natural dan sihat, saya mencadangkan slimming set daripada Shaklee. Nak tahu apa kelebihan set ini? Saya akan menceritakan di dalam entry saya yang akan datang.

Sekian, Wassalam.

 










Saturday 9 November 2013

Makanan Tambahan atau Ubat???

Tahu tak apakah perbezaan antara makanan tambahan dan ubat? Sebelum kita mengetahui apakah perbezaanya, kita perlu tahu apa itu makanan tambahan dan ubat secara asas.

Makanan Tambahan
Supplement adalah perkataan biasa kita dengar dan ianya adalah sesuatu yang baru dikalangan masyarakat kita pada masa ini. Makanan tambahan ialah makanan seharian yang diperlukan oleh badan manusia untuk menjadikannya lebih sempurna seterusnya menjadikan kita lebih sihat untuk menjalankan kehidupan seharian. Ia juga diambil sebagai langkah mencegah daripada sebarang penyakit-penyakit berbahaya bagi mereka yang mementingkan kesihatan yg baik. Biasanya makanan tambahan adalah dari sumber semulajadi dan diringkaskan cara pengambilannya dalam bentuk tablet, pil, cecair atau serbuk.

Ubat
Ubat dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubat sakit. Secara umum, ubat dibahagi kepada dua kumpulan; (1) tanpa preskripsi (OTC - Over the Counter atau 'Atas Kaunter'), iaitu ubat yang boleh dibeli di farmasi dan pasar raya tanpa sebarang halangan, dan (2) dengan preskripsi, iaitu ubat yang dibenar dan dicadangkan oleh doktor. Kebanyakan ubat OTC dianggap selamat untuk kebanyakan orang jika diambil seperti dalam arahan. Walaubagaimanapun, perbezaan yang tepat antara OTC dan preskripsi bergantung kepada bidang perundangan. Ubat selalunya dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal. Ada sesetengah dadah telah dipatenkan, yang mana syarikat tersebut memegang hak milik untuk menghasil dan melesenkan sebatian dadah tersebut untuk tempoh masa tertentu. Ubat yang tidak berpaten, dipanggil ubat generik.

Perbezaan Makanan Tambahan dan Ubat
Berikut saya akan kongsikan perbezaan-perbezaan antara ubat (dadah) dan makanan tambahan (supplement) yang anda perlu tahu.


Secara kesimpulannya, makanan tambahan tidak mengubah fungsi organ dalam badan, sebaliknya ia membantu memperbaiki fungsi-fungsi sel, organ dan sistem untuk menjadikan badan kita lebih sihat. Jadi, makanan tambahan boleh diambil bila-bila masa, yang penting kita minum air dengan kadar yg sepatutnya.

Sekian dari saya, Assalamualaikum.


Friday 20 September 2013

Sorry Bos!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja!

Holla!

Untuk post kali ini saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua yang saya boleh katakan agak menarik. Tetapi sebelum itu, pernahkah anda terfikir yang:


1) Kenaikan harga minyak 20 sen baru baru ini memberi kesan kepada hidup anda? 

2) Anda akan membaca kisah kejayaan seorang ‘engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes ?  

3) Terdapat peluang-peluang bisnes yang mudah dijalankan di Malaysia? 

4) Anda akan memperolehi tips bagaimana untuk berjaya dalam bisnes dengan mudah? 

Jika jawapan anda ialah "YA", sekarang ni saya  ingin berkongsi dgn anda tentang senaskah E-Book yang begitu istimewa yang boleh manjadi panduan kepada anda.

"SORRY BOSS! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA!!!"

  
Pernah anda terfikir untuk berhenti kerja anda sekarang? Berhenti kerja untuk melakukn kerja yang lain yang lebih menjanjikan kepuasan dan pendapatn yang jauh lebih besar daripada pendapatan anda sekarang. Saya pasti apabila anda sudah habis membaca E-Book ini, akan terpacullah ayat "Sorry Bos, Saya Terpaksa Berhenti Kerja!".

Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook luar biasa. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online. Bacalah, hayatilah kisah susah payah perjuangan seorang usahawan wanita untuk berjaya dalam perniagaan yang diceburinya.


Di belakang beliau, ada seorang suami yang sentiasa menyokong dan memberi semangat kepadanya, semata mata untuk melihat cita cita isterinya untuk berhenti kerja dan menjadi Working At Home Mum (W.A.H.M) tercapai.


Bukan mudah untuk berjaya!!! Kejayaan usahanita ini pasti menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang lain untuk turut berjaya. Berjaya di dunia dan di akhirat.


Sekiranya anda mahu tahu cara mudah untuk berjaya dalam perniagaan, bacalah ebook ini. Mudah mudahan, akan ada seorang dua di kalangan pembaca ebook ini menjadi seorang jutawan suatu hari nanti. Dan semoga orang itu adalah ANDA!!!


Setebal 144 muka surat. Padat dengan nasihat, motivasi dan pengajaran yang boleh dipelajari oleh kita semua. Apa yang lebih menarik, Ebook ini ditulis berdasarkan perspektif Islam bagaimana untuk memulakankan sesuatu perniagaan.


Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.
 
Dapatkan EBOOK ini secara percuma di http://www.ebookniaga.com/sorryboss/shafiq

Sekian Wassalam.
 
 

Sunday 15 September 2013

Akhirnya Ada Blog Sendiri!

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera. Akhirnya saya ada blog sendiri untuk saya mencorat-coret dan berkongsi dengan anda semua tentang kehidupan seharian saya, apa yang saya lakukan, minat saya dan macam-macam lagi lah. Mungkin orang kata, kenapa nak share semua dengan orang lain? Ya, saya setuju dengan pandangan itu, tetapi apa yang saya kongsikan dengan anda semua adalah untuk faedah bersama. Ya, tidak semua kita boleh kongsikan kepada semua orang.





Serba sedikit tentang saya, boleh lah lihat gambar-gambar saya di atas. Baiklah rasenya sampai di sini sahaja posting pertama saya. Sehingga kita berjumpa lagi di posting-posting yang akan datang. Wassalam.

Sunday 8 September 2013

Hi!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Akhirnya, rumah baru untuk berbloging. 

You May Like Also Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...