Wednesday 20 August 2014

Kenapa Mesti GLA Complex Shaklee? Bukannya Evening Primrose Oil?

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang nutrisi makanan yang biasa diambil oleh golongan wanita iaitu GLA (Gamma Linolenic Acid) Complex Shaklee dan juga Evening Primrose Oil (EPO). Bagi golongan wanita, saya percaya kedua-dua produk sangat tidak asing bagi mereka terutama sekali yang mengalami period pain, keputihan dan jadual haid yang tidak tetap.



GLA COMPLEX SHAKLEE ATAU EVENING PRIMROSE OIL (EPO)

Antara GLA Complex dan EPO, yang manakah mempunya kandungan Gamma Linolenic Acid yang lebih tinggi?

1) EVENING PRIMROSE OIL (EPO)

Ok, saya yakin kebanyakkan wanita-wanita di luar sana yang mengenali Evening Primrose Oil (EPO) ialah salah satu vitamin yang baik untuk mengurangkan kesakitan di waktu haid (period pain) dan juga memperbetulkan kitaran haid kerana ianya mudah didapati dari farmasi-farmasi seluruh negara. 

Seperti yang kita ketahui EPO diperbuat daripada minyak atau pun pati yang diekstrak daripada biji bunga Evening Primrose iaitu sejenis bunga liar yang berasal dari Amerika Utara dan juga tumbuh di kawasan Eropah dan hemisfera selatan.
Bunga Evening Primrose
Tahukah anda yg EPO ini juga mengandungi essential fatty acid (asid lemak perlu) iaitu Linoleik dan Asid Gamma Linolenik (GLA)GLA merupakan bahan binaan bagi PROSTAGLANDIN, yang merupakan bahan HORMON dalam badan. 

Terdapat lebih 1400 produk Evening Primrose Oil yang berdaftar dan dipasarkan di Malaysia. Hampir semua produk EPO ini adalah dalam bentuk Kapsul Gelatin Lembut ataupun Softgels Capsules. Kalau kita lihat, kebanyakkannya menggunakan perkataan Evening Primrose Oil sebagai jenama produk mereka. 


2) GLA COMPLEX SHAKLEE

Ok, sekarang pulak saya nak berkongsi dengan anda semua tentang keistimewaan GLA Complex daripada Shaklee yang menjadikan ianya berbeza jika dibandingkan dengan produk-produk EPO yang lain. 

Saya percaya ramai yang tak berapa maklum yang GLA Complex Shaklee ini diperolehi daripada minyak yang diekstrak daripada bunga BORAGE sebagai sumber utama dan bukannya daripada bunga Evening Primrose. 

GLA Complex Shaklee diekstrak daripada biji bunga Borage
Antara bunga Borage dan Evening Primrose, yang mana lagi cantik? hehehe... Kenapa Shaklee menggunakan Bunga Borage dan bukannya Evening Primrose sebagai sumber GLA. Ini kerana:
  • Kandungan GLA dalam bunga Borage adalah 2 kali ganda jika dibandingkan dengan bunga Evening Primrose.
  • Kandungan GLA dalam bunga Borage adalah 3 kali ganda mudah diserap oleh badan berbanding dengan bunga Evening Primrose oil. Hasilnya, sudah tentu lah 3 kali ganda lebih berkesan.
Setiap kapsul GLA Complex Shaklee mengandungi 300mg GLA yang menjadi sumber terbaik Omega 6


Jadi, kenapa produk ini tak dinamakan sebagai Minyak Borage atau Borage Oil sahaja? Kenapa dinamakan GLA COMPLEX?

Haaaa... kalau macam tu biar saya biar saya terangkan kenapa boleh jadi macam tu. Ini kerana GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi Minyak Borage dan juga bahan-bahan berikut:-
  • Asid Gamma Linolenik (GLA)
  • Asid Linolenik
  • Minyak Bunga Matahari
  • Vitamin E
Sebab itulah, produk Shaklee ini dinamakan GLA Complex. Kombinasi ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Bioavailabiti (kadar penyerapan) juga telah dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan lebih baik. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. 


Jadi, sekarang ni anda semua dah fahamkan ape bezanya GLA Complex Shaklee dengan produk Evening Primrose Oil yang lain kan? Jika anda seorang pengguna yang bijak, anda pasti akan memberikan produk yang terbaik untuk kesihatan anda. Fikir-fikirkan lah. Hihihi....


Ada orang kata GLA Complex ni hanya sesuai untuk golongan wanita sahaja. Golongan lelaki tak boleh ambil ker?

Sebenarnya Asid Gamma Linolenik (GLA) mempunyai kepentingan yang sama dengan Asid Amino untuk tubuh badan tetapi ianya tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan kita. Ianya hanya diperolehi daripada makanan.

Ianya sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel lembut dan campurkan isinya dengan makanan),remaja, orang dewasa, dan juga golongan yang sudah menopause dan andropause (menopaus lelaki).




3) MANFAAT GLA COMPLEX SHAKLEE


1. Herba Tradisi Yang Dipercayai
Borage adalah herba kegemaran orang barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

2. Mengawal Selia Estrogen dan Testosterone
GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan perempuan, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

3. Melambatkan Menopaus
Memperbaiki keadaan Menopaus seperti, hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

4. Memperbaiki Prostatomegaly
GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

5. Menentang Kanser
GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

6. Memperbaiki Inflamasi Kulit
Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap, Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatism, arthritis.

7. Menghalang Komplikasi Diabetes
Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringkan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

8. Pelangsingan dan Menghalang Tambah Berat Badan
Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone kepada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil masa perut kosong untuk mengelakkan keasidan hiper.

9. Menghalang Tekanan Darah Tinggi
Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelakkan masalah jantung seperti arteriosklerosis, dan myocardial infraction.

10. Memperbaiki Tekstur Rambut
Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.


4) TESTIMONIAL GLA COMPLEX SHAKLEE

Daripada manfaat-manfaat GLA Complex Shaklee yang telah saya nyatakan di atas, kebanyakkan customer saya mengambilnya untuk masalah kitaran haid tidak normal dan period pain. Alhamdulillah, mereka semua berpuas hati dengan keberkesanan GLA Complex Shaklee ini dan saya sangat-sangat gembira kerana dapat membantu mereka semua untuk memperbaiki kesihatan mereka. Berikut adalah testimoni-testimoni mereka yang telah mengambil GLA Complex Shaklee dan digabungkan sekali dengan Alfalfa Complex Shaklee.

  • Testimoni 1
  • Testimoni 2




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?


No comments:

Post a Comment

You May Like Also Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...