Dalam masa tu juga, komunikasi antara saya dengan mak semakin kerap yang menyebabkan hubungan dengan mak semakin rapat. Setiap pagi dalam perjalanan pergi kerja memang saya akan call mak untuk bertanya tentang keadaan dia kat kampung. Ye lah saya dekat KL bukan duduk dengan mak kat kampung. Mungkin disebabkan keadaan ini, mak lebih mengharapkan dan mempercayai saya untuk menguruskan kehidupan dia mungkin sebab saya satu-satunya anak lelaki yang masih belum berkahwin dan mudah untuk bawa mak ke mana-mana.
Bila dah setiap hari call mak, masa tu lah mak akan mengadu tentang kesihatan dia. Mak akan cepat risau kalau ada something yang tak kene dengan tubuh badan dia, pasti dia akan mengadu kat saya walaupun setakat gatal-gatal dekat tangan atau kaki dia. Tapi sakit yang paling lama mak alami ialah sakit sendi lutut sejak mak muda lagi dan bila mak dah berumur sekarang ni, sakit lutut mak makin menjadi-jadi sehingga mak susah nak sujud waktu dia sembahyang, nak berjalan pergi rumah kawan-kawan dia pun mak dah tak berapa nak larat.
So, saya sebagai anak memang wajiblah bawa mak pergi klinik atau hospital. Tapi keadaan mak tetap sama, kalau sakit nya kurang pun tapi sakit tu akan datang lagi. Sampai satu tahap saya jadi buntu apa nak buat dengan keadaan mak ni sampai lah satu hari saya diperkenalkan satu produk supplement oleh kawan baik saya iaitu Set Sendi dan Tenaga daripada Shaklee. Pada mulanya saya rasa risau juga kalau-kalau produk itu tak sesuai dengan mak, tapi saya yakinkan diri dan tawakal kepada Allah. Yang penting ikhtiar dan niat untuk kesihatan mak.
Dalam Set Kesihatan Sendi & Tulang dan juga Set Asas Tenaga tu, mak ambil 5 jenis supplements iaitu Advanced Joint Health Tablet (AJHT), Ostemetrix, Omega Guard, Energizing Soy Protein (ESP) dan Vita-Lea (multivitamins). Kini selepas lebih kurang 6 bulan mak konsisten ambil set ini, apa yang saya boleh kata ialah SYUKUR ALHAMDULILLAH sebab sakit lutut mak dah semakin pulih, nak sembahyang pun dah tak sakit bile nak sujud, nak berjalan jauh pun tak berapa sakit sangat. Dan yang paling best bila kawan-kawan mak cakap yang muka mak dah tak macam orang sakit lagi dan lebih berseri. ALHAMDULILLAH.
Set Kesihatan Sendi dan Tulang
Ok lah tadi tu serba sedikit tentang kesihatan mak saya, sekarang ni saya nak cerita pula tentang supplement yang mak saya ambil tadi. Dalam set ini mengandungi 3 produk iaitu Advanced Joint Health Tablet (AJHT), Ostemetrix dan Omega Guard.
Sumber : www.mommyshahab.com |
Set Asas Tenaga
Dalam set ini, saya memberikan mak Energizing Soy Protein (ESP) utk bekalan tenaga sepanjang hari untuk mak. Sedikit tentang produk ini adalah seperti berikut:
Selain itu, saya juga memberikan mak Vita-Lea sebagai bekalan multivitamin untuk nya. Antara kebaikkan Vita-Lea ialah seperti berikut:
Ok itu lah serba sedikit cerita tentang mak saya dan kesihatan dia. Apa yang saya boleh cakap, saya gembira dengan perkembangan kesihatan mak sekarang. Alhamdulillah.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut produk Shaklee yang mana yang anda perlukan, yang memenuhi keperluan tubuh badan anda, boleh hubungi saya. Sedikit sebanyak ilmu yang saya belajar, akan saya kongsikan dengan anda. Mudah-mudahan ia memberi manfaat kepada anda dan keluarga.
No comments:
Post a Comment