Sunday 16 February 2014

Alhamdulillah... Mak makin sehat!

Haiii... Assalamualaikum. Kali ni saya nak cerita pasal mak saya lah. Tentang perubahan mak saya terutamanya kesihatan dia daripada yang sebelum ini hinggalah sekarang. Apa yang saya boleh katakan tentang mak saya ni, dia memang tak pernah fikirkan tentang penjagaan kesihatan sangat-sangat pun, kecuali kalau anak-anak yang akan pesan tentang itu ini, apa yang perlu dimakan apa yang perlu dikurangkan pengambilannya. Sakit macam pening, demam, sakit perut dan sakit kaki tu memang selalu lah. Lebih-lebih lagi bila selepas pemergian arwah abah 2 tahun lepas. Masa tu memang mak selalu demam dan tak bertenaga, mungkin sebab mak masih lagi sedih dengan pemergian arwah abah.

Dalam masa tu juga, komunikasi antara saya dengan mak semakin kerap yang menyebabkan hubungan dengan mak semakin rapat. Setiap pagi dalam perjalanan pergi kerja memang saya akan call mak untuk bertanya tentang keadaan dia kat kampung. Ye lah saya dekat KL bukan duduk dengan mak kat kampung. Mungkin disebabkan keadaan ini, mak lebih mengharapkan dan mempercayai saya untuk menguruskan kehidupan dia mungkin sebab saya satu-satunya anak lelaki  yang masih belum berkahwin dan mudah untuk bawa mak ke mana-mana.

Bila dah setiap hari call mak, masa tu lah mak akan mengadu tentang kesihatan dia. Mak akan cepat  risau kalau ada something yang tak kene dengan tubuh badan dia, pasti dia akan mengadu kat saya walaupun setakat gatal-gatal dekat tangan atau kaki dia. Tapi sakit yang paling lama mak alami ialah sakit sendi lutut sejak mak muda lagi dan bila mak dah berumur sekarang ni, sakit lutut mak makin menjadi-jadi sehingga mak susah nak sujud waktu dia sembahyang, nak berjalan pergi rumah kawan-kawan dia pun mak dah tak berapa nak larat.

So, saya sebagai anak memang wajiblah bawa mak pergi klinik atau hospital. Tapi keadaan mak tetap sama, kalau sakit nya kurang pun tapi sakit tu akan datang lagi. Sampai satu tahap saya jadi buntu apa nak buat dengan keadaan mak ni sampai lah satu hari saya diperkenalkan satu produk supplement oleh kawan baik saya iaitu Set Sendi dan Tenaga daripada Shaklee. Pada mulanya saya rasa risau juga kalau-kalau produk itu tak sesuai dengan mak, tapi saya yakinkan diri dan tawakal kepada Allah. Yang penting ikhtiar dan niat untuk kesihatan mak. 
Dalam Set Kesihatan Sendi & Tulang dan juga Set Asas Tenaga tu, mak ambil 5 jenis supplements iaitu Advanced Joint Health Tablet (AJHT), Ostemetrix, Omega Guard, Energizing Soy Protein (ESP) dan Vita-Lea (multivitamins). Kini selepas lebih kurang 6 bulan mak konsisten ambil set ini, apa yang saya boleh kata ialah SYUKUR ALHAMDULILLAH sebab sakit lutut mak dah semakin pulih, nak sembahyang pun dah tak sakit bile nak sujud, nak berjalan jauh pun tak berapa sakit sangat. Dan yang paling best bila kawan-kawan mak cakap yang muka mak dah tak macam orang sakit lagi dan lebih berseri. ALHAMDULILLAH.

Set Kesihatan Sendi dan Tulang

Ok lah tadi tu serba sedikit tentang kesihatan mak saya, sekarang ni saya nak cerita pula tentang supplement yang mak saya ambil tadi. Dalam set ini mengandungi 3 produk iaitu Advanced Joint Health Tablet (AJHT), Ostemetrix dan Omega Guard. 

Sumber : www.mommyshahab.com

Set Asas Tenaga

Dalam set ini, saya memberikan mak  Energizing Soy Protein (ESP) utk bekalan tenaga sepanjang hari untuk mak. Sedikit tentang produk ini adalah seperti berikut:



Selain itu, saya juga memberikan mak Vita-Lea sebagai bekalan multivitamin untuk nya. Antara kebaikkan Vita-Lea ialah seperti berikut:


Ok itu lah serba sedikit cerita tentang mak saya dan kesihatan dia. Apa yang saya boleh cakap, saya gembira dengan perkembangan kesihatan mak sekarang. Alhamdulillah.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut produk Shaklee yang mana yang anda perlukan, yang memenuhi keperluan tubuh badan anda, boleh hubungi saya. Sedikit sebanyak ilmu yang saya belajar, akan saya kongsikan dengan anda. Mudah-mudahan ia memberi manfaat kepada anda dan keluarga.




Saturday 8 February 2014

TAK PER, SAYA MAKAN SAYUR & BUAH-BUAHAN SETIAP HARI... JADI SAYA TAK PERLU SUPPLEMENT PUN!!!



Seperti yang kita ketahui, buah-buahan dan sayur-sayuran sememangnya sangat-sangat diperlukan untuk membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Pelbagai kajian telah dijalankankan dan sudah terbukti yang buah-buahan dan sayur-sayuran membantu melindungi tubuh badan daripada serangan penyakit. 


Buah-buahan dan sayuran punca penyakit?

Tahukah anda yang buah-buahan dan sayuran juga boleh menyebabkan tubuh badan kite mudah diserang oleh penyakit? Ini kerana, ianya mengandungi racun perosak yang digunakan untuk melindungi daripada serangga-serangga perosak semasa dalam proses penanaman. Di zaman sekarang, kaedah ini menjadi pilihan kerana ianya mudah, berkesan, cepat bertindak dan kesan racun yang mudah dilihat.

Apa itu racun perosak (pesticide)?

Pesticide ialah sejenis bahan kimia yang digunakan sebagai agen perosak untuk membunuh dan mengawal haiwan-haiwan perosak dari merosakkan tanaman-tanaman dan merbahaya kepada manusia jika terdedah. 


Tindakan oleh bahan kimia atau agen biologi (termasuk virus, antibakteria, antimikrobial dan disinfectant) mampu membunuh, menghalau, menghentikan pembiakan dan mengganggu kehidupan perosak.


Walaupun, racun perosak mampu meningkatkan hasil tanaman dan mengawal pembiakan haiwan perosak dari merosakkan tanaman, namun ianya sangat merbahaya kepada kesihatan manusia kerana kandungan toksik yang sangat tinggi. Laporan saintifik telah menunjukkan 9 daripada 12 bahan kimia yang merbahaya untuk kesihatan manusia adalah datangnya daripada racun perosak. Oleh kerana, sumber makanan yang sering diambil oleh kita semua datangnya adalah dari buah-buahan dan sayuran, cuba kita bayangkan apa yang kita makan itu betul-betul semula jadi dan bebas dari bahan kimia? 




Namun, racun perosak bukan sahaja merbahaya kepada manusia, tetapi ianya juga merbahaya kepada alam sekitar dan kitaran ekologi. Sebagai contoh, racun perosak yang terserap dalam tanah dan mengalir ke dalam sungai atau laut boleh mengganggu dan memberi risiko kepada kehidupan dalam air seperti ikan dan hidupan lain. Racun perosak yang terserap di udara juga boleh mengganggu kualiti udara dan menyumbankan penyakit apabila udara tersebut disedut oleh manusia. 


Dengan fakta-fakta di atas adakah anda yakin dengan buah-buahan dan sayuran yang anda ambil bebas toksik? Fikirkan lah....


Kepentingan supplement (makanan tambahan)

Di sinilah suplemen atau makanan tambahan memainkan peranan. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita perolehi daripada makanan. Contohnya, Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi dari makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan. 


Golongan tua, proses penuaan secara tidak langsung akan mempengaruhi kecekapan sistem badan dan daya penyerapan makanan, yang tentunya tidak lagi sebaik ketika muda. Malah, biasanya orang tua menghadapi masalah kurang selera menyebabkan ramai yang makan sedikit, cukup untuk menghilangkan kelaparan. 

Akibatnya, jumlah khasiat yang sepatutnya dibekalkan kepada badan tidak mencukupi dengan aktiviti dilakukan terutama bagi yang masih aktif.

Manakala bagi wanita hamil, mereka perlu mengambil asid folik (sejenis Vitamin B) dan asid lemak perlu (EFA) bagi membantu proses pembentukan otak dan saraf anak serta mengelakkan risiko kecacatan.

Sementara bagi wanita kedatangan haid pula disaran mengambil pil zat besi bagi mengatasi masalah kekurangan zat besi yang hilang bersama darah haid sehingga menyebabkan mereka mudah berasa letih.

Seperkara yang perlu difahami juga, suplemen bukanlah pengganti makanan tetapi melengkapkan khasiat yang tidak dapat dibekalkan kepada badan. Apatah lagi bahan-bahan makanan yang telah tercemar dengan racun perosak. 

Oleh itu, anda sebagai pengguna mesti pastikan produk suplemen atau makan tambahan yang anda ambil itu adalah bebas dari segala racun. Tapi, bagaimana cara untuk anda mengetahui dan memastikan ia adalah bebas racun?

Kenali Shaklee

Semua produk Shaklee adalah 100% dihasilkan dari bahan semulajadi yang bebas dari bahan merbahaya seperti racun perosak, bebas dari pengawet, pewarna, perasa dan pemanis tiruan. Antara falsafah Shaklee adalah menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Anda boleh baca maklumat detail tentang syarikat Shaklee di sini

Shaklee memenuhi Good Manufacturing Practice (GMP) piawaian kawalan kuantiti yang lebih ketat berbanding produk lain. Semua produk Shaklee di Malaysia disahkan HALAL oleh ISA-Islamic Services of America, badan yang diiktiraf oleh JAKIM.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut produk Shaklee yang mana yang anda perlukan, yang memenuhi keperluan tubuh badan anda, boleh hubungi saya. Sedikit sebanyak ilmu yang saya belajar, akan saya kongsikan dengan anda. Mudah-mudahan ia memberi manfaat kepada anda dan keluarga.

Terima kasih....



Monday 3 February 2014

Dari Langsung Tak Minat Bisness ke 4 Figure Income Setiap Bulan

Assalamualaikum w.b.t....

Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua (ehhh.. belum terlambat lagi kot nak wish..). Habis bulan Januari ni, maka genaplah 7 bulan saya menjadi SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR. 

Sepanjang 7 bulan ini, Alhamdulillah banyak perkara yang berlaku terutamanya dari segi kewangan saya setiap bulan. Kini setiap bulan, saya akan memperolehi extra income daripada Shaklee business yang saya jalankan. Actually, saya start buat business sambilan ni pada Jun 2013 dengan mendaftar secara Free Membership dan sepanjang tempoh ini, saya bersyukur dengan apa yang saya dah dapat dan belajar terutama sekalli selok-belok perniagaan. Kini, 4 fugure extra income dah saya dapat setiap bulan. Alhamdulilah.

1) Group Superstar Jutawan Shaklee

Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli Group Superstar Jutawan Shaklee di bawah Empayar Maria Firdaus' Millionaire in Shaklee (MFMS) yang berjaya dalam perniagaan mereka, terutama sekali kepada mentor saya MommyShahab yg telah berjaya mendapat income 5 figure selepas tak sampai setahun menjalankan bisness ini. Tahniah juga kepada 'anak-anak' Shaklee saya iaitu Moon Rasid yg telah berjaya menjadi Effective Supervisor dan dah enjoy 4 figure income every month. Juga 'anak-anak' Shaklee saya yg lain Abg Zuki, Syuhada dan Kak Roger yg juga dah dapat income 3 figure walaupun baru sebulan memulakan bisness ini. Ini terbukti dengan business Shaklee, yang impian kita untuk lebih berjaya dan mendapat income seperti yg diimpikan tidak mustahil.

Untuk pengetahuan anda, ahli-ahli group kami semakin berkembang di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. 

Group sales kami pada bulan Januari juga telah meningkat 1 kali ganda berbanding sales pada bulan Disember yang lalu. Sales Januari 2014 hampir RM100,000. Kini semakin ramai yang menyedari kepentingan supplemen untuk kesihatan keluarga mereka. 

Maka, semakin ramai juga yang telah mencuba Shaklee untuk seisi keluarga dan berpuas hati dengan kesannya.

Jadi saya rasa agak mudah untuk menjual produk yang telah  mempunyai kajian klinikal dan kajian selama 40 tahun dan terbukti berkesan. Yang penting, kami sendiri dah gunakannya, dan yakin dengan kebaikan produk-produk Shaklee. 


2) Rank as Effective Senior Supervisor

Syukur Alhamdulillah, pada bulan Disember 2013 yang lepas, saya telah berjaya naik ke rank ke-2 iaitu SENIOR SUPERVISOR.

Pad bulan Januari 2014 pula, walaupun tak naik ranking saya berjaya menjadi Effective Senior Supervisor. InsyaAllah, dengan berkat usaha yang lebih lagi, ranking tertinggi iaitu MASTER CORDINATOR akan saya capai tak lama lagi. 

Sekian, thanks for reading.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi saya untuk:-   

FREE CONSULTATION 
BEST PRICE and 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!




You May Like Also Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...