Saturday 9 November 2013

Makanan Tambahan atau Ubat???

Tahu tak apakah perbezaan antara makanan tambahan dan ubat? Sebelum kita mengetahui apakah perbezaanya, kita perlu tahu apa itu makanan tambahan dan ubat secara asas.

Makanan Tambahan
Supplement adalah perkataan biasa kita dengar dan ianya adalah sesuatu yang baru dikalangan masyarakat kita pada masa ini. Makanan tambahan ialah makanan seharian yang diperlukan oleh badan manusia untuk menjadikannya lebih sempurna seterusnya menjadikan kita lebih sihat untuk menjalankan kehidupan seharian. Ia juga diambil sebagai langkah mencegah daripada sebarang penyakit-penyakit berbahaya bagi mereka yang mementingkan kesihatan yg baik. Biasanya makanan tambahan adalah dari sumber semulajadi dan diringkaskan cara pengambilannya dalam bentuk tablet, pil, cecair atau serbuk.

Ubat
Ubat dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubat sakit. Secara umum, ubat dibahagi kepada dua kumpulan; (1) tanpa preskripsi (OTC - Over the Counter atau 'Atas Kaunter'), iaitu ubat yang boleh dibeli di farmasi dan pasar raya tanpa sebarang halangan, dan (2) dengan preskripsi, iaitu ubat yang dibenar dan dicadangkan oleh doktor. Kebanyakan ubat OTC dianggap selamat untuk kebanyakan orang jika diambil seperti dalam arahan. Walaubagaimanapun, perbezaan yang tepat antara OTC dan preskripsi bergantung kepada bidang perundangan. Ubat selalunya dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal. Ada sesetengah dadah telah dipatenkan, yang mana syarikat tersebut memegang hak milik untuk menghasil dan melesenkan sebatian dadah tersebut untuk tempoh masa tertentu. Ubat yang tidak berpaten, dipanggil ubat generik.

Perbezaan Makanan Tambahan dan Ubat
Berikut saya akan kongsikan perbezaan-perbezaan antara ubat (dadah) dan makanan tambahan (supplement) yang anda perlu tahu.


Secara kesimpulannya, makanan tambahan tidak mengubah fungsi organ dalam badan, sebaliknya ia membantu memperbaiki fungsi-fungsi sel, organ dan sistem untuk menjadikan badan kita lebih sihat. Jadi, makanan tambahan boleh diambil bila-bila masa, yang penting kita minum air dengan kadar yg sepatutnya.

Sekian dari saya, Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment

You May Like Also Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...