Saturday 14 December 2013

Saya Boleh Buat Bisnes Rupanya!!!

Assalamualaikum w.b.t....

Pernah tak anda terfikir untuk membuat sesuatu yang anda tak pernah terfikir untuk buat dalam hidup anda? Atau pun sesuatu yang anda rasa tak boleh buat? Kalau anda tanya saya,yer saya akan jawab bisnes adalah satu benda yang saya tak minat untuk buat. Memang takkan buat pun kalau saya ada duit yang banyak. Saya akan gunakan duit itu untuk perkara lain. Tapi, lama-lama saya terfikir sampai bila saya perlu berfikiran macam ni? Saya perlu melakukan sesuatu untuk tambahkan pendapatan saya dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Semua harga barang-barang keperluan yang sudah naik memerlukan saya untuk mengkaji semula pattern perbelanjaan saya setiap bulan.

Masih Belum Temui Bisnes yg Sesuai
Walaupun dah terfikir nak buat bisnes, tapi saya tak tau nak buat bisnes apa. Ada juga yang mengajak saya jadi business partner nak bukak gym, nak bukak itu ini, tetapi saya tak berminat dan menolak dengan cara yang baik. Bila bukak Facebook, ramai jugak yang buat business online menjual tudung, shawl, barang-barang kosmetik, jual insuran dan macam-macam lagi lah. Saya macam berminat nak buat bisnes online macam ni sebab senang jer, post jer dalam Facebook, orang lain akan nampak, kalau ada sesiapa yang berminat boleh jer terus contact. Tapi (hmmm...tapi lagi), takkan saya nak jual tudung kottt... orang lelaki jual tudung?? Hmmm... last2 postpone lagi nak buat bisnes. Entah lah bile lah nak ada bisnes sendiri.

Diperkenalkan Dengan Shaklee
Shaklee ialah satu bisnes yang saya kenal melalui Facebook bila bekas rakan sekerja saya selalu buat posting pasal produk Shaklee. Hampir setiap hari dia akan post kat Facebook yang membuatkan saya untuk mencuba produk tersebut. Jadi, saya pun hantar lah message kat Facebook dia bertanya pasal produk-produk Shaklee yang baik untuk kesihatan secara umum. Borak punya borak, akhirnya saya setuju untuk beli 3 produk iaitu Omega Guard, Vitamin-E Complex dan Zinc Complex. Selama lebih kurang saya 3 bulan saya menggunakkan produk-produk itu, saya rasa banyak perubahan yang baik terhadap kesihatan saya. Bila lari marathon dah tak semput sangat, kulit semakin sihat dan cantik dan macam-macam lagi.. memang saya rasa banyak perubahan yang baik dengan tahap kesihatan saya. So, saya sangat berpuas hati dengan produk Shaklee.

Jadi, nak mulakan macam mana saya boleh start buat bisness Shaklee ni, bila saya nampak posting berkaitan Set Mengandung, Berpantang dan Menyusu Shaklee dari Kam Haryatie di Facebook (hmmm...bukan saya nak beli set tu eh). Kam Haryatie ni ialah isteri kepada kawan baik saya iaitu Syed Hafiz Dzulkifli. So, saya pun contact la Kaulat ni (nickname Syed Hafiz Dzulkifli) tanya sama isteri dia buat bisnes Shaklee ker. Tanya punya tanya, yer memang betul lah dia dan isteri dia baru jer start buat bisnes Shaklee ni. So, saya pun happy lah sebab nak order Shaklee nanti senang jer, call jer Kaulat then terus boleh dapat. Atlast, saya pon orderlah barang dengan Free Membership (sebab order lebih 200uv.. itu saja kos untuk saya menjadi ahli Shaklee...actually ianya RM65 sahaja, tapi saya untuk memilih option Free Membership tu) untuk kegunaan saya dan mak saya. So, dengan Free Membership tu maka dengan secara rasmi lah saya bergelar "Shaklee Business Man". hehe

Boleh Buat Bisnes Rupanya!
Bila dah sah jadi "Shaklee Business Man" ni, saya dimasukkan dalam Secret Group iaitu MariaFirdaus Millionaire Shaklee. Dalam group ni saya diajar bagaimana untuk menjadi seorang business man yang bukan sahaja berniaga tetapi dalam masa yang sama membantu orang lain untuk memperbaiki tahap kehidupan dan kesihatan. Dengan prinsip ini, konsep yang saya gunakan dalam business saya adalah SHARING bukannya SELLING! Sharing sesuatu yang baik dan boleh memberikan manfaat kepada orang lain adalah lebih baik daripada menjual dan memikirkan keuntungan semata-mata.Saya juga diajar untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah, kerana segalanya datang daripada-NYA. Rezeki dan kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha dan doa kepada Allah s.w.t. Alhamdulillah, secara personal saya dapat belajar memperbaiki diri saya

Dari segi marketing pula saya diajar untuk menggunakan kaedah Online dan Offline. Online tu adalah seperti menggunakan medium Facebook, Instagram dan Blog, manakala Offline tu lebih kepada face to face communication seperti di tempat kerja dan lain-lain. Saya lebih menggunakan kaedah Online kerana coverage yang sangat meluas, tetapi saya tak lupakan kaedah Offline seperti ditempat kerja.


Setelah lebih kurang 5 bulan menjalankan bisnes ni, kini Alhamdulillah saya bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah s.w.t. Kini saya sudah memperolehi pendapatan sebanyak 4 angka setiap bulan dan di bulan ke-4 saya berjaya naik ranking ke Supervisor (ranking dalam bisnes Shaklee). Dan di dalam masa yang sama juga saya sudah mempunye 3 Business Partners yang mana mereka menjadi tanggungjawab saya untuk saya groom. Saya ingin mereka mendapat apa yang saya dan mentor-mentor saya sudah dapat. Rasa bersyukur kerana ditemukan dengan bisnes yang bukan sekadar buat bisnes tetapi boleh membantu orang lain yang memerlukan.

Kini, saya juga mempunyai tanggungjawab untuk mendidik business partners saya ke arah kejayaan. Dan saya juga bertanggungjawab bagi sesiapa yang ingin menjalankan bisness Shaklee ini dan seterusnya oleh memperbaiki tahap kehidupan masing-masing. InsyaAllah, saya dengan berbesar hati akan berkongsi dan membantu.

Sekian, sampai di sini sahaja coretan saya tentang saya memulakan bisness yang sangat saya sayang ini. kita berjumpa lagi di entry yang berikutnya.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment

You May Like Also Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...